Dashboard | +Follow
SARAH AISYAH
excited sangat!
Tuesday 8 July 2014 • 20:34 • 0 comments

dude.
Assalammuailakum ..
sekarang umat islam sedang menjalani ibadah puasa tau.
ibadah puasa satu perkara yang wajib untuk semua umat islam.
siapa yang tak melakukan ibadah tu hish dosa hukumnya.

you know lepas puasa hehehe
yang ni aku nantikan jengjeng
that is HARI RAYA AIDILFITRI !
aku tahu semua orang islam tak sabar nak menyambut hari raya kann.
apa yang best tentang hari raya ni ialahhh hah!
DUIT RAYA! ahaha.
semua orang nak kan duit raya. Tipulah if kau taknak dok.
tapi tu bukan sebenar kita menyambut hari raya.
kita sambut hari raya ni sebab untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama umat islam
saling mengunjungi saling memaafi dan ini juga adalah ganjaran Allah kepada kita selepas kita berpuasa selama 30hari yay!
cop! lupa..
pasal puasa tadi, kita puasa bukan sebab nak makan sedap sedap. maksud aku yelah masa puasa kan makanan semua sedap sedap kan. haa bukan tu sebenarnya. kita puasa sebab kita nak merasa macam mana kehidupan orang susah yang tak boleh makan, yang tak cukup pendapatan untuk makan. kita nak kita rasa apa yang diorang rasa jugak. em lebih kurang macam tuh lah. so ingat bulan puasa ni makan tu biarlah beringat beringat jugak.
okay! sambung pasal raya tadi. hehe
cuba korang tengok time time dekat nak raya ni apa berlaku?
haa sesak kan. shopping mall, complex , KLsemua sibuk kan.. sebab nak beli baju raya kann.
aku nak pesan if nak beli baju raya ke kasut raya ke tudung ke bag ke semua tu lah biarlah ikut kemampuan kita yaa buk. Mak aku selalu pesan 'takyah lah nak beli yang mahal mahal tak guna pun. sebab umi tahu kau pakai time raya je bukan harihari. Kan membazir tu.' haa ni yang umi selalu pesan dekat aku. deep jugak aku rasa. kekadang aku fikir apa orang yang bawahan aku pakai maksud aku orang yang hidup lebih susah dari aku. hm hehe.
okay haa pasal kuih raya! yumyum. peh. raya ni selalunya kuih semuanya dap dap en en.
dalam kepala aku ni dah ada macam macam kuih dah. macam semperit, aiskrim, cornflakes!, almond, siput, kerepek hm banyak lagi lah! yaAllah terliur aku. astrafirullahhalazim. puasa aisyah puasa :b.
raya ni kita banyak makan tepung ya dok. makan butter. haha lepas tuh lepas raya timbang peh memang naik ah berat badan.
aku nak pesan ni. makan tu biar lek lek lah. jangan gelojoh sangat. kalau dah full perut tu stop okay! ni tak jangan melatak lagi kang buncit tak boleh bangun. hehe
korang hari ni baru puasa yang ke-11 hari je doh aku dok sibuk cerita pasal raya haha
tu excited namanya.

" biarlah kita bersedang sedang sahaja. Ingat orang yang bawah lagi daripada kita." - umi

sayang,
sarah aisyah


xoxo, The Shining Star
kekadang
Sunday 25 May 2014 • 19:29 • 0 comments

kita pernah tak bersyukur dengan apa yang kita ada?
pernah tak kita fikir kenapa masalah yang kita ada mesti berlaku dekat kita?
Allah timpakan masalah dekat kita sebab Allah loves us. Allah nak kita ingat
dekat Dia. 
Kadang kadang bila kita dapat a kita nak b dan kadang kadang kita dapat b
kita nak c kan? tak pernah puas apa yang ada. (manusia)
apa yang ada depan mata kita, kita tak pernah nampak, malah kita nak jugak
benda yang jauh sangat sangat dari kita, benda yang kita takkan dapat maybe.
Kekadang, kita lupa siapa kita, lupa dari mana kita datang.
Hidup mestilah berasaskan kemampuan kita.
kekadang, kita nak jadi macam seseorang dan sanggup lakukan apa saja untuk
jadi seperti seseorang itu. Tapi hakikatnya, diri sendiri jauh lebih baik.
Setiap manusia mempunyai kelebihannya masing masing, keunikan masing masing.
awak mesti hargai itu. Kekadang, kita mesti pernah terdetik dalam hati "kenapa aku
tak boleh jadi macam dia, kenapa aku tak dapat apa yang dia dapat kenapa dan why?" 
hidup weh, memang macam tuh.
Tapi, kekadang kita kena ingat, walaupun kita hidup ditangga yang atas tak semestinya 
kita takkan hidup ditangga yang bawah. Bumi berputar, masa berjalan, hidup kita seperti
roda beb. Kita boleh jatuh bila bila je pun.
Hidup bersederhana lebih baik bro. 
:)
-salam-

xoxo, The Shining Star



Welcome!

HI WELCOME TO MY BLOG! its all about my world, family,and friends.Kalau nak baca silakan. But if you just want to judge my blog please GET OUT from here. thankyou. love you muah!
« HOME
« PROFILE
« Exchange Link is open
« Anything here

Taggie Board


[!] IMPORTANT [!]


Back to past



Credits


Template : Aulia Septiya
Edited : YOUR NAME
Helped : Ayem, AskarrPink, Ziera
Header & Cursor : Ziera
Background : Qihah
Font : Google